authentically enjoying!

wfxyz.com

Twitter Apakah? on 2nd Apr 10

Tujuan post ni bukanlah nak menambahkan lagi tutorial tutorial tentang twitter, mahupun ingin menjadi social media pro wannabe. Saya tengok ramai kawan-kawan yang sign-up, dan meninggalkan servis ni dalam tempoh sebulan sebab tak berapa faham penggunaannya.

Saya pun pernah alami tempoh confuse tersebut, saya sign-up dan gunakan dalam sebulan, setelah itu saya tinggalkan dalam 2 hingga 3 bulan sebab tak berapa faham. Selepas saya cuba untuk fasa kedua baru saya jelas penggunaan dia.

Kat sini saya nak kongsikan benda yang mudah dan asas je kat sesiapa yang masih tak berapa clear macam mana nak gunakan Twitter dengan sebaiknya. Okay first sekali:

1. Apa itu Twitter

Twitter ialah servis yang membolehkan anda publish sesuatu kepada para followers sama macam post blog atau update status di Facebook. Tapi dilimitkan kepada 140 abjad, sebab nak samakan dengan limit satu SMS (160 abjad) dan baki abjad untuk username.

2. Kenapa Twitter

Reason yang senang ialah, pendek. Bila pendek, lebih senang followers dan diri sendiri nak baca semua post (atau tweet, mengikut bahasa Twitter). Bila pendek, lebih cepat untuk kita publish sesuatu, tak perlu post blog panjang-panjang. Bayangkan bila terjadi sesuatu kemalangan, tindakan paling cepat dan mudah untuk bagitau orang lain ialah ambil phone dan post di Twitter. Mudah?

3. Bagaimana Twitter

Anda perlu memilih siapa yang mahu anda follow mengikut minat anda. Seperti contoh, @staronline untuk berita local, @cnn untuk berita luar, @totalbarca untuk berita pasukan kegemaran bolasepak. Selebriti juga ramai yang boleh anda follow. Setiap username mempunyai tanda ‘@’ di depan bagi fungsi mention atau untuk reply kepada user lain.

Terdapat banyak gila software untuk dipilih bagi menggunakan Twitter. Contohnya bagi desktop, Tweetdeck, Echofon, Seesmic dan Twhirl sangat baik bagi mengikuti tweet rakan anda. Bagi phone atau smart phone, anda boleh cuba Gravity, UberTwitter, ataupun khidmat SMS Gladlycast.

4. Tips Penting

Tip-tip penting ni perlu anda amalkan untuk kekal berminat dengan servis ini:

Apabila anda follow seseorang, pastikan anda berinteraksi dengannya samada forwardkan tweet ataupun reply tweet mereka (forward dalam Twitter ialah RT atau ReTweet). Kebanyakan mereka jarang memberikan respon atau follow anda semula selagi anda tidak berinteraksi dengan mereka.

Follow user local atau setempat (seperti dalam list saya untuk Malaysian users). Dengan itu anda boleh berinteraksi dengan mereka yang sama setaraf dan lebih mudah diterima. Proses penerimaan user baru ke dalam komuniti Twitter perlukan kesabaran sedikit sebanyak. Jadi bila anda diterima baik oleh komuniti, pasti anda akan addicted ;)

Tweet atau publish tentang sesuatu yang menarik dan boleh memulakan perbincangan. Boleh jugak tweet tentang diri sendiri (narcissism) tapi elok dikurangkan. Sebenarnya tak ramai yang nak tahu anda buat apa hari ni, pakai baju apa dsb. Atau tweet ketika emosi tak stabil, tolak 20 markah reputasi.

Anda tidak perlu follow semua artis dan selebriti yang anda minat. Selebrity memang jarang akan reply tweet anda, jadi jangan habiskan masa cuba menarik perhatian mereka supaya reply tweet anda (kecuali kes terpencil seperti @altimet).

Pendek kata, kalau nak mengetahui lebih dalam, anda perlu bergaul dengan followers dan siapa yang anda follow. Sama macam dunia sebenar jugak.

Tags: Web · review

16 responses

  • 1 aman // Apr 2, 2010 at 8:17 pm

    great info. huhu. apakah?

  • 2 wfxyz // Apr 2, 2010 at 5:35 pm

    hehe thanks aman, saja bg info kat mmber2 bru.

  • 3 bubbles182 // Apr 3, 2010 at 1:36 am

    yayyy! follow me n i’ll follow u and we’ll b friends and lead to happy nations.
    huu~ k ntahpape merapu jap.

    btw great info 2 b shared lg2 lepas Anugerah Juara Lagu yg sibuk2 promote twitter & ttbe org2 kat kampung mak bapak kat umah tanye “‘Apa Twitter tu?” huhu~

  • 4 Tweets that mention Twitter Apakah? | wfxyz.com -- Topsy.com // Apr 3, 2010 at 1:41 am

    [...] This post was mentioned on Twitter by Wafiq Rodzuan. Wafiq Rodzuan said: Twitter Apakah? | wfxyz.com http://bit.ly/9I5c8y [...]

  • 5 wfxyz // Apr 2, 2010 at 8:16 pm

    Eh dah follow kan? Haha ni sah taip masa emosi. Ok JK ;p

    Em saja share sebab tgk ramai mmbr yg sign up je tapi tak aftif pun.

  • 6 Roslan // Apr 3, 2010 at 4:27 pm

    apakah yob?
    twitter ape kename ronjengnyer yob? neman idok ler tahu menahu..teman tau cendol lemboh jer… teman rase elok ler deme wat twitter cendol kualer… artis ape cendol kualer tuh..yeah altimet terbaik.. =)

  • 7 Wafiq Rodzuan // Apr 7, 2010 at 5:26 am

    haha ape deme kabo ni tak paham teman. deme try la buat @kualakangsar ke. teman tak tau sgt bahase nye.

  • 8 aizuddin // Apr 10, 2010 at 7:04 am

    aku jarang mesej2 orang guna twitter..guna fb je senang..hehe

  • 9 Wafiq Rodzuan // Apr 11, 2010 at 5:20 pm

    try la twitter. facebook serabut sgt. byk benda. twitter pun ko boleh reply kat org gak n post kat facebook.

  • 10 myadlan // Apr 16, 2010 at 11:09 pm

    tulisan yang baik. ada kawan aku tanya camne nak guna twitter. sebab aku tak reti nak explain, aku bagi link entry ni jela. harap dia faham.

    *agak susah nak tarik pengguna tegar FB ke twitter kan?

  • 11 Wafiq Rodzuan // Apr 17, 2010 at 1:58 am

    terima kasih. saja share pengetahuan yang tak seberapa. harap ada bagi manfaat kat org lain ;)

  • 12 Sapitt // Apr 25, 2010 at 3:15 am

    Mekaseh bro.. aku kadang terpikir gak kenape twitter aku mcm boring je padahal member2 aku kebanyakannye addicted.. bile terbace artikel ni baru aku faham kenape twitter aku memboringkan aku sendiri.. hehe..

  • 13 @nizam_6281 // Apr 25, 2010 at 2:42 pm

    Bagus benda ni
    Who knows that twitter also can make money right?
    Hehe

  • 14 Wafiq Rodzuan // Apr 26, 2010 at 2:34 am

    Oh make money tu aku tak berapa support. Banyak cara lain yg lagi menguntungkan dari spam timeline followers kita. So, no to making money with Twitter.

  • 15 Wafiq Rodzuan // Apr 26, 2010 at 2:38 am

    Kalau boleh, share benda yang menarik, ataupun cakap sesuatu yang boleh mulakan conversation.Kalau takda idea, better tak tweet apa2 ;)

  • 16 Gathering Berbuka Puasa Negaraku | Roslan Nazri // Aug 29, 2010 at 3:53 am

    [...] blogger yang hadir pada jumaat lepas adalah Syah, Eddie, Yam, Sae, Fiona, Mr.Piratz, Blowie, MK, Wafiq, Azri, Cyberfly dan awek (blogger gak), Beautifulnara dan kawan, serta Kruel dan isteri. Majlis [...]

Leave a Comment