authentically enjoying!

wfxyz.com

[malay] Sekolah Saya Part 1 on 13th May 09

Penubuhan blog ini bukanlah semata-mata untuk mengaburi mata sesetengah pihak dengan kehebatan berbahasa inggeris saya yang tidak seberapa pun ni. Jadi, untuk merasmikan post berbahasa melayu, saya ingin menceritakan tentang sekolah saya. Sesuai dengan tema blog ini iaitu “authentically enjoying”.

Tingkatan 1 -3 saya telah bersekolah di Izzuddin namunĀ  saya melalui zaman kegelapan saya. Jadi saya nak ceritakan zaman saya di tingkatan 4 – 5 iaitu semasa di SM Teknik Persiaran Brash.

smti

Orang panggil sekolah ni Teknik Brash, walaupun ia berada di Ipoh, kerana pada masa itu terdapat juga sebuah lagi Teknik di Ipoh iaitu SM Teknik Lebuh Cator. Sekarang ni mungkin sekolah tu dah dipanggil Teknik Ipoh tapi dahulu memang ramai orang mengenali Teknik ini dengan nama tersebut.

Di sebelah sekolah, ada sebuah padang awam yang dipanggil Padang Polo kerana asal padang tersebut memang tempat orang bermain polo. Polo disini ialah permainan yang menggunakan kuda tu dan bukanlah polo air ataupun gula-gula kaler putih bentuk O tu. Padang Polo ni juga merupakan tempat kami untuk ‘terbang’ jika rasa bosan duduk di hostel.

Berhampiran sekolah kami pula terdapat sebuah pekan bernama Taman Chempaka. Di sinilah saya belajar bermain counter-strike, chatting menggunakan mIRC dan menghabiskan duit kerana terdapat banyak Cyber Cafe. Di sini jugalah selalunya saya akan pegi bila waktu ‘outing’ hujung minggu.

Selain itu di sekitar sekolah ni ada beberapa sekolah lain iaitu Izzuddin, STAR (yang terkenal dengan High Council), dan Politeknik Ungku Omar. Eh, cerita sekitar sekolah je terlupa nak cerita pasal sekolah. Oklah, disebabkan saya dah rasa kebuntuan, saya pun menambahkan ‘part 1′ dalam tajuk di atas. Jadi faham-fahamlah kan, nantikan Part 2 pulak.

Tags: Old School

This website uses IntenseDebate comments, but they are not currently loaded because either your browser doesn't support JavaScript, or they didn't load fast enough.

2 responses

  • 1 farhanah // Aug 12, 2009 at 7:10 am

    hye senior! rindu nk kembali ke sekolah!

  • 2 Wafiq Rodzuan // Aug 21, 2009 at 3:30 am

    Hi! rindu kembali ke sekolah ke rindu kat org yang ade kt sekolah tu? ;p Klu kembali tp kwn2 lame xde xbest gak kn?

Leave a Comment