Mungkin ramai (ramai kerr??) yang menunggu sambungan post Sekolah Saya dahulu. Hari ini terlintas di benak kepala saya untuk menyambung post ini kerana pada siang harinya tadi saya telah berada di sebuah sekolah dengan jayanya bagi mengendalikan program STEP ‘09 (singkatan bagi Student Entrepreneurship Programme — saya yang reka nama program ni, jangan bagitau sesiapa :p).

Pada post yang lalu, saya telah menceritakan serba sedikit tentang bab geografi sekolah saya. SMTI <bangga>merupakan sekolah teknik ke-2 terbaik di Malaysia</bangga> berdasarkan tahap pencapaian keputusan peperiksaan SPM. Di sini SMTI, tiada aliran vokasional berbanding kebanyakan sekolah teknik lain. Jadi para pelajarnya juga boleh dikatakan agak baik dan pandai berbanding teknik lain. Ramai juga yang mengakui para pelajarnya ramai yang hensem dan comel (muntah2 jika perlu).
Terdapat tiga aliran kejuruteraan di SMTI iaitu Kejuruteraan Mekanikal (glemer – mechi), Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (glemer – elek) dan Kejuruteraan Awam. Budak-budak mechi dikatakan mereka yang mudah tertarik kepada bahan-bahan berunsur logam seperti komponen kereta, welding dan besi. Budak elek pula lebih tertarik kepada arus elektrik, mentol dan LED (LED best sebab boleh main solder je). Manakala budak awan sukakan simen, paip PVC dan asbestos (bukan lawak asbestos ye, ni ialah salah satu bahan dalam pembuatan siling dan bumbung).
Setiap aliran mempunyai tiga kelas iaitu contohnya bagi elek, terdapat ES, EM dan ET. Rasional di sebalik penggunaan huruf belakang selepas singkatan E tersebut ialah kerana ia adalah singkatan bagi SMTPB. Oh, sebelum saya terlupa, terdapat juga dua kelas bagi aliran perdagangan (glemer – perd) iaitu PP dan PB.
Di sini, pelajar asrama dikenali sebagai insider manakala pelajar yang tidak menginap di asrama di panggil outsider (bapak racist dorg ni). Di asrama pula, ASPURA merupakan singkatan bagi asrama putera dan ASPURI merupakan asrama puteri (yang ni korang dah tau kot). Terdapat 3 blok bagi aspura dan 2 blok bagi aspuri. Dalam 1 bilik terdapat lebih kurang 16 buah katil. Katil port sudah tentu katil yang dekat dengan pintu kerana senang untuk dijadikan meja apabila terdapat jamuan yang dibuat apabila ibu bapa salah seorang dari mereka datang dan mengirimkan makanan.
Baiklah, untuk bercerita tentang asrama sahaja memerlukan sebuah post lain. Jadi apa kata anda nantikan sambungannya pada waktu dan hari yang sama di TV… (ewah, macam pengacara TV pulak).







5 responses
1 somsombak // Jun 21, 2009 at 4:36 am
yahaaa…im a 1st commenter here…huhuuu..nice page dude,keep it up…buat kn tok ako satu la..nk ak ako nie bute it cikit..hehehee
2 wfxyz // Jun 21, 2009 at 7:08 am
nk wat 10 pn bley.. xde hal.. janji kne dedicate 1 post utk promote blog aku.. wahaha
3 Lacy // Jun 24, 2009 at 12:51 pm
Pretty nice post. I just came by your blog and wanted to say
that I’ve really liked reading your posts. In any case
I’ll be subscribing to your feed and I hope you write again soon!
4 fiz // Jun 30, 2009 at 5:14 am
hohoohoo..ni rupenye website ko..not bad..heheh
5 wfxyz // Jun 30, 2009 at 5:04 pm
hoho.. baru jumpe ek.. tula lain kli dok umah jgn tgk tv je..
Leave a Comment